Pages

Monday, May 31, 2010

resensi perpustakaan

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
-Digubal untuk memastikan pengisian program dan rancangan di dalam sebarang bentuk multimedia termasuk di computer dapat dikawal dan dipantau. Laman sesawang berbentuk lucah boleh diambil tindakan dibawah akta ini. namum demikian, penguatkuasaannya agak sukar kerana kebanyakkan laman-laman ini dibentuk di luar Negara dan menpunyai ‘gerbang perkhidmatannya’ (server) di luar Negara.

http://rmat7.tripod.com/notainternet.htm
-menbincangkan tentang
# Mengetahui apakah maksud internet
# Mengetahui aplikasi penggunaan internet
# Mengetahui kegunaan pelayar web.
# Keperluan sambungan kepada Internet
# Penggunaan Internet Explorer
# Mencari laman web

pengenalan

pada masa kini, sering kali dihebahkan bahawa industri hiburan telah dianaktirikan oleh kemudahan internet. seringkali dilaporkan bahawa artis - artis gagal menjana pendapatan yang mencukupi akibat daripada kemudahan internet. ini adalha disebabkan kemudahan untuk memuat turun yang senang diperolehi daripada internet. terdapat banyak laman sawang yang menyediakan kemudahan untuk memuat turun lagu, drama dan filem.

apakah itu internet?
Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

WILLIAM Ford Gibson dalam karyanya, Neuro Mancer pada tahun 1984, mengungkap buat pertama kalinya istilah “ruang siber”. Istilah ruang siber yang bermaksud suatu ruang maya yang menghidangkan komunikasi serta hiburan tanpa batasan yang menjadi begitu popular selari dengan perkembangan mendadak penggunaan internet. Mendapat sumber hiburan melalui penggunaan internet menjadi begitu mudah, pantas dan bebas. Jika dahulu kita harus ke kedai untuk mendapatkan bahan hiburan samaada dalam bentuk bercetak mahupun digital, tetapi kini dengan meletusnya penggunaan internet yang sekaligus memperluaskan lagi ruangan siber, kita hanya perlu melakukan beberapa klik bagi mendapatkan bahan hiburan tersebut.

sejarah internet.
Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).

Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.

Sunday, May 30, 2010

smbg DRAF

HASIL KAJIAN:

1) ISU-ISU SEMASA
menerangkan mengenai masalah berkaitan internet dan artis. antaranta
> lambakan hasil cetak rompak samaada movie, lagu dan sebagainya
> kurangnya penjualan album akibat kemudahan memuat turun
> terdapatnya banyak web dan blog untuk kemudahan memuat turun
> artis mendapat keuntungan penjualan yang berkurangan
> lanun cetak rompak berleluasa di internet

2) Faktor
kenapa kemudahan internet menyebabkan industri hiburan bermasalah
> wujudnya link-link untuk muat turun
> software muat turun yang mudah di cari dan di pakai
> gosip - gosip mengenai artis senang di utarakan
> kemudahan internet yang semakin laju dan lancar

3) KESAN
akibat daripada aktiviti memuatturun di internet
> nama artis akan menjadi buruk akibat gosip dan gambar
> pendapatan artis menjadi kurang
> penjualan filem dan lagu terjejas
> semakin ramai yang akan menonton dan mendengar hiburan di rumah

4) PENYELESAIAN
antara kaedah penyelesaian yang dicadangkan
> mengkaji semula akta dan peraturan untuk melindungi hak cipta artis
> menguatkuasakan undang - undang internet dan hiburan
> mengenakan denda dan kompaun yang tinggi kepada pencetak rompak
> "block" laman web atau blog yang menyediakan link muat turun.

DRAF TUGASAN

TAJUK KAJIAN:
"ITERNET MELETUS,HIBURAN TANDUS"

TUJUAN KAJIAN:
kajian dijalankan untuk melihat kebenaran peningkatan penggunaan internet akan menyebabkan pemasalahan kepada industri hiburan dan artis. kajian turut akan memperihalkan tentang kesan - kesan internet, faktor - faktor penyebab dan cara penyelesaian masalah tersebut.

SKOP KAJIAN:
kajian dijalankan untuk melihat kesinambungang antara hiburan dan internet di Malaysia.

KAEDAH KAJIAN:
kaedah yang digunakan adalah resensi perpustakaan seperti data, buku, majalah, akhbar harian dan internet.


to be continued...=)

Monday, May 24, 2010

Khas Untuk Wanita

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan sumainya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari ketana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan "Bismillah" Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira masti syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu maslaah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah ALlah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: " Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya pula redha kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusu dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susunya Allah berikan satu kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas." (Hadith Riwayat Hassan bin Sofwan, AT Tabrani, Ibnu Asakir)

Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud: " Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut, dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Titian SIrat tanpa menempuh kesusahan

Tun Panglima..

NO ONE



RIH
kau mencintai ku seperti bunga mencintai titah Tuhannya..tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia..tak pernah lelah meneduhkan gelisahnya..kau mencintai ku seperti matahari mencintai titah Tuhannya..tak pernah lelah memberi cerah cahaya..tak pernah lelah menghangatkan jiwa......

Lelaki dulu dan kini

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al – Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci terpenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al – Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu mengahadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Tun Panglima...

Write The Future






Write The Future atau bila diterjemahkan Cipta Masa Depan..
Masa depan kita yang corak kan..
kalau cantik, cantik la ia..
kalau tidak, sebaliknya...

Menulis juga mampu mewarnai kehidupan..
corak lah hidup kita dengan tulisan..
anda mampu mengubahnya..

edit by..Tun Panglima =)

AAK

Blog ini adalah blog rasmi bagi kumpulan AAK.
Segala tugasan berkumpulan akan dipamerkan dalam blog kumpulan.

-AAK-