Pages

Monday, May 31, 2010

pengenalan

pada masa kini, sering kali dihebahkan bahawa industri hiburan telah dianaktirikan oleh kemudahan internet. seringkali dilaporkan bahawa artis - artis gagal menjana pendapatan yang mencukupi akibat daripada kemudahan internet. ini adalha disebabkan kemudahan untuk memuat turun yang senang diperolehi daripada internet. terdapat banyak laman sawang yang menyediakan kemudahan untuk memuat turun lagu, drama dan filem.

apakah itu internet?
Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

WILLIAM Ford Gibson dalam karyanya, Neuro Mancer pada tahun 1984, mengungkap buat pertama kalinya istilah “ruang siber”. Istilah ruang siber yang bermaksud suatu ruang maya yang menghidangkan komunikasi serta hiburan tanpa batasan yang menjadi begitu popular selari dengan perkembangan mendadak penggunaan internet. Mendapat sumber hiburan melalui penggunaan internet menjadi begitu mudah, pantas dan bebas. Jika dahulu kita harus ke kedai untuk mendapatkan bahan hiburan samaada dalam bentuk bercetak mahupun digital, tetapi kini dengan meletusnya penggunaan internet yang sekaligus memperluaskan lagi ruangan siber, kita hanya perlu melakukan beberapa klik bagi mendapatkan bahan hiburan tersebut.

sejarah internet.
Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).

Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.

0 comments:

Post a Comment