Pages

Monday, June 14, 2010

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

  1. Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia.
  2. Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini
  3. Suatu akta untuk mengadakan peruntukan tentang dan mengawal selia industri komunikasi dan multimedia yang menjurus ke arah percantuman dan perkara-perkara yang bersampingan
    dengannya.
  4. matlamat akta ini ialah—
      (a)  menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;
      (b)  mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan bagi menyokong matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;
      (c)  mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia; dan
      (d)  mewujudkan kuasa dan tatacara bagi pentadbiran akta ini.
  5. tarikh Perkenan Diraja …  …  …  …   3 September 1998
    tarikh penyiaran dalam Warta   …  …  15 oktober 1998
  6. matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia ialah—
      (a)  menjadikan malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia;
      (b)  menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat akan menyediakan asas bagi peningkatan yang berterusan kepada mutu kerja dan hidup;
      (c)  mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan per lambangan budaya tempatan yang membantu mengetengahkan identiti kebangsaan dan kepelbagaian dunia;
      (d)  mengawal selia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir;
      (e)  menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu;
      (f)  memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada;
      (g)  mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi pengguna akhir;
      (h)  memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan asset kebangsaan;

0 comments:

Post a Comment