Pages

Friday, June 11, 2010

Beautiful Life


Pada suatu hari di sekolah,
seorang murid bertanya kepada gurunya,
ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.


Pelajar : Cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang paling kita sayang?Macam mana juga kasih  sayang tu nak berkekalan.


Cikgu : ok,kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Dan kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dah petik yang PALING cantik ,bawa ke kelas.


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.Cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?


Pelajar : Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yang PALING cantik.Memang ada banyak yang cantik tp cikgu kata petik yang paling cantik,maka saya pun terus berjalan kedepan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi sampai di penghujung padang ,saya tak jumpa pun yang paling cantik.Mungkin ada diantara yang belakang saya tadi rumput yang paling cantik,tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu :YA.....Itulah jawapannya.Maknanya,apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lg yang lebih baik dri itu.Kita patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik2nya.Jgn kita menoleh kebelakang lg kerana yang berlaku tetap dah berlaku.Semoga yang berlaku tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yg paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.Walaupun nk diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi............


by : SINKI ROSAK
credit to : NOR SUHANA MUSA.....



0 comments:

Post a Comment